Thursday, March 12, 2009


sambungan.....

Hard rockkan our Iman??mksudnya kita mestilah sentiasa tingkatkan iman kita.Renewkanlah iman dgn kalimah Lailahaillallah.sbnrnya ape yg ana nk smpaikn dlm bentuk tulisan ni ialah spy kita sama2 m'jaga hati & tubuh badan kita drpd benda2 haram.mcm mane Allah nk terima doa klw dlm badan kita ade benda2 haram wlaupun sebesar zarah.

Firman Allah Ta'ala yg b'maksud:"hai rasul-rasul,makanlah dari makanan yg baik-baik,dan kerjakanlah amal yg soleh.Sesungguhnya Aku maha Mengatahui apa yg kamu kerjakan"(Al-mu'minun:51).
Dlm surah Al-Baqarah ayat 172 yg b'maksud:"Hai org-org yg b'iman,makanlah diantara rezeki yg baik-baik kami berikan kepadamu dan b'syukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah".

Inilah panduan kita dunya wal akhirah..Sesungguhnya Allah mengetahui setiap kejadian ciptaanNya.Sama2lah kita bersihkan hati & jgn biarkan seciput api neraka pun yg akan sambar tubuh kita.Na'uzubillahi min zalik.Dibwh ni ade sbhgn yg dapat dikongsikan b'sama.Alhamdulillah sikit demi sikit kita dh boleh boikot brg israel,tp yg paling muhimmun jiddan jgn biarkan benda2 haram dan shubhat pn dlm tubuh kita.InsyaAllah.


KOD2 MAKANAN YG ADE LEMAK KHINZIR………………….

.E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430,E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473,E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904



Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar

Ya Allah..Alhamdulillah

Ya Allah..Alhamdulillah!


Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali. ”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira.

Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan: "Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..
Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..


Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat ana hamba yang dhaif. Wallahu’alam..

0 comments: