Thursday, March 12, 2009

Palestin: Tanggungjawab semua

KEKEJAMAN rejim Zionis terhadap penduduk Palestin terserlah apabila Tebing Gaza diserang bertalu-talu dengan berbagai-bagai rangkaian jenis bom dari pesawat pejuang mereka ke atas sekolah, masjid, universiti, hospital dan apa juga bangunan kediaman yang mereka mahukan sedangkan pihak pejuang Hamas hanya menggunakan roket buatan sendiri yang sudah ketinggalan zaman.

Angka kematian penduduk Palestin di Tebing Gaza sudah mencecah ratusan setakat ini dan hampir 2,000 pula yang dilaporkan tercedera akibat peluru dan bom berterbangan bertalu-talu ke arah bukan sahaja pejuang Hamas tetapi juga kepada kanak-kanak, wanita dan orang tua.Pembunuhan beramai-ramai secara rawak ke atas penduduk Palestin seperti telah dirancang dan berkemungkinan pihak Amerika dan sekutunya telah memberikan lampu hijau dan akan berhenti apabila Tebing Gaza hampir lumpuh. Ia akan mengambil masa untuk dipulihkan semula. Ia tidak akan berhenti begitu sahaja di mana setiap kali kependudukan Gaza pulih, Israel akan memusnahkannya semula.

Kita dapat bayangkan betapa deritanya kaum Arab yang telah bermastautin ribuan tahun di bumi Palestin yang dianggap suci itu telah tercemar dengan datangnya pendatang haram kaum Yahudi. Mereka merampas tanah air golongan yang berhak. Kehidupan harian mereka tidak menentu apabila pelbagai bentuk sekatan dan penderitaan mesti ditempuhi dan apabila pihak Yahudi merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja dengan mudah dan bebas.Dalam hal ini apakah fungsi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak keterlaluan bolehlah dianggap ia hanya boneka Amerika dan sekutunya sahaja. Jika diperhatikan, PBB akan bertarung apabila menghadapi krisis negara-negara ketiga atau negara yang tiada kepentingan Amerika seperti negara di Afrika atau Amerika Latin tetapi tidak berani masuk campur tangan apabila berlaku sesuatu di negara Asia Barat atau seumpamanya.Begitu juga organisasi negara-negara Islam yang terbesar dan berpengaruh seperti OIC yang langsung seolah-olah tidak bermaya apabila menghadapi situasi seperti berlaku di Palestin ini. Yang malangnya ada di antara negara Islam di dalam OIC ini seolah-olah turut menjadi mata dan telinga untuk sekutu Amerika. Mereka mempunyai alasan tersendiri kerana terlalu takut dengan kelibat Amerika dan juga Israel.



Menghina

Sampai bilakah bumi Palestin akan bermandi darah? Bukan setakat Masjid Al-Aqsa yang menjadi tempat suci ketiga bagi umat Islam beribadah dan menziarahinya sahaja dicemari oleh tangan-tangan yang kotor itu, tetapi mereka pernah menghina di hadapan mata umat Islam di sana dengan mengoyak dan membakar kitab suci al-Quran serta pernah menggali tanah di bawah Masjid Al-Aqsa dengan rakus yang mana ia mampu merosakkan struktur bangunan masjid itu. Dalam perkara sebegini siapakah yang berani menempelak?Negara Islam yang bersemangat waja saperti negara Iran dan juga pejuang Hisbollah yang pernah membuatkan askar rejim Yahudi kucar kacir satu ketika dahulu tidak akan mampu menentang bersendirian tanpa bantuan negara Islam yang lain. Apabila berperang dengan Israel, bermakna mereka juga mesti berhadapan dengan Amerika dan sekutunya yang menggunakan senjata canggih termasuk penggunaan bantuan satelit yang mampu mengesan sasaran dengan tepat.
Di manakah umat Islam yang mengaku benar-benar beriman sedangkan tidak mampu membela hak dan maruah Islam itu sendiri? Malulah apabila berhadapan dengan Allah dan mahukan syurga tetapi tidak mampu membela hak Allah yang diamanahkan.Oleh itu seluruh umat Islam di dunia ini perlu bersatu dan jangan berpecah belah kerana senjata mukmin yang sebenarnya selain memanjatkan doa ialah bersatu memerangi musuh Islam kerana itu janji Allah apabila mengikut syarat panduan Islam dan diserta dengan doa bantuan Allah akan terserlah. Yakinlah!Bumi Palestin mesti diselamatkan walau apa pun onak dan duri serta nyawa sebagai taruhan sebelum Masjid Al-Aqsa dimusnahkankan dan rakyat Palestin dihapuskan daripada tanah airnya.Wallahu'alam.


*Hamster pn pndai pegang senjata.nape x caya ke?ni realiti bukan olok2.kita bile lagi???
alahai,comeynye!

0 comments: