Monday, August 31, 2009


Petua Berjaya Yang Luar Biasa


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.


Pertandingan memanjat pokok pinang.30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.


Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.


Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.


Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.


Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.


“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.


Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.


Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.


Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.


PENGAJARAN


Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.



“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

SALAM JIHAD DI MEDAN PKK&DPU...BITTAUFIQ WAN NAJAH!

Saturday, August 22, 2009


Friday, August 21, 2009



Sahabat.. Masih ada waktu

Untuk kau dan aku menghitung

Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya

Kembali menyinar

Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita

Mengikis coreng-coreng mazmumah

Dan mengutip kuntuman mahmudah

Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita

Untuk memupuk kasih dan sayang

Sekuntum cinta Ilahi

Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini

Kan terjalin bersama mesra sejati

Bersama memupuk kasih cinta Ilahi

Moga bahgia di negeri abadi


SAHABAT...
Semoga kau dikurniakan kelembutan seizzah Saidina Abu Bakar,
Ketegasan selembut Saidina Umar,
Ketabahan sepasrah Saidina Usman,
Kecerdikan setajam Saidina Ali,
Kemurahan setulus Sayyidah Khadijah,
Kefasihan sepetah Sayyidah Aisyah,
Kepatuhan seutuh Sayyidah fatimah,
Dan yg paling UTAMA,
Hati yg gagah sesuci Rasulullah s.a.w,
'susah itu tarbiah,sabar itu indah'...


"Ya Allah, panjangkanlah umur kami, supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadhan tahun ini". Tidak putus-putus doa itu yg ku ucapkan, mudah-mudahan dapat saya mengecapi nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih dalam bulan yang paling dinanti-nantikan kita semua.





Saya mengucapkan Selamat Bersedia Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan. Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini supaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jiwa kami bakal terkorban sekalipun. Allahumma ameen, Ya Rabbal-'Alamin…

Monday, August 3, 2009

"SIHAT BERSAMA MASJID"


Salam ukhuwwah...salam jihad.


Alhamdulillah selesai sudah program "SIHAT BERSAMA MASJID" anjuran exco sukan&kesenian(ALAM) sempena Karnival Jom Ke Masjid.Pada 2 ogos yg lepas,telah diadakan p'lawanan bola jaring(muslimat) manakala muslimin pula mengadakan perlawanan bola sepak.Ucapan tahniah buat kumpulan muslimat(wakil ALAM) krn telah berjaya memenangi johan dlm p'lawanan bola jaring.syabas...syabas.lepas ni bolehla hantar wakil ke peringkat negeri pula ye.Kpd naib johan(kump LALOLA) juga diucapkan tanhiah n lepas ni blhla dijemput lgi utk b'sama2 memeriahkan sukan.Tanpa anda,nmpknye kami t'paksalah b'lawan antara kami2 je.walaupun ana yg handle utk sukan muslimat,akhirnye ana jgak yg t'paksa main skali dgn shbt2.tpi x pe.sambil tgk org sambil main.2 in 1.


Akhir sekali,jazakallahu khoiron kasiron kpd semua ajk muslimat & shbt2 yg lain dlm m'jayakan program ini.Asif jiddan diatas segala kekurangan.x lupe juga kpd Pengarah kecil program,tahniah diucapkan.harap lepas ni x jemula nk aktifkan sukan ni ye.ucapan utk diri sendiri jgak sbnrnye.Sokongan & kerjasama shbt2 amatlah diperlukan.wassalam.

-ke arah warga KUIS sifar dari penyakit-